Thursday 28 July 2011

Mr Triple A :))

Assalamualaikum,saat aku update belog kesayangan aku nii..dalam hati aku nii penuh rasa bersalah kat MJ(mirul johan)hua!!!aku ta ada niat nak kenakan kau pungg..sorryyyy kawan

Okay mehh aku cerita kat korang mengenai hencek TRIPLE A ..yeah mereka nii laa manusia yang sentiasa menyesakkan jiwa aku...adoii kadang kadang hidup aku jadi haru biru dengan keletah diaorang nii..dorang yang buat aku ketawa,buat aku senyum and kadang kadang buat aku super duper bengang!!!*buat gaya macam dalam segmen BENGANG!!kat HOTFM:))




dari kiri aminorrasyriq(mino)arief,amirul johan(mirul)

yang tengah and kanan tuu single kot yang kiri tuu aku pungg tak sure..kalau ada yang berminat mehh isi borang okay??heee..
Mino suka pangel aku LEHA or JULEHA..SUMPAH aku super duper bengang n tak suka nama tuu..kalau dia panggil aku dengan nama tuu memang aku tak kan nyaut..then hencek arief akan berbisik pada mino,suh panggil aku dengan nama penohh:)hihi..arief jee yang agak baik ngan aku,for me..dia nii good listener compared to mino and mirul..and most importantly,dia pandai minta maaf if dia tahu dia sakitkan hati aku..LIKE OHHH...mino and mirul kaki menganjing aku jehh..saket hati lerr woiii..bhaha..arief nii sangat soft laa..aku boleh ikot juga rentak dia..kalau hencek amirul johan(johan tuu nama bapak dia)dia panggil aku KECIK :)okay disebabkan aku kecik,so aku tak bape nak kesah sangat laa kan..aku nii da macam PA dia laa..dok mesej aku pasal hw,pasal nak bawak buku apa..aihh!!bab menyakat aku,dia laa kepalanya..geram jehh akuu kan?


Korang,korang suka buat aku geram,marah,bengang,happy,sedih..tapi aku happy dapat kawan dengan korang,aku dah kawan dengan arief and mirul dah 4tahun daa..tapi dengan mino baru jehh tahun nii..tapi cepat gak kamcing..thanks triple A sebab buat life aku penuh pahit manis masam payau kelat and lain lain:)may our friendship last forever...and aku harap korang berjaya dalam SPM nii and terus berjaya dunia dan akhirat..ameen :))

Thursday 21 July 2011

tak matang? ==''

awak kan da 17,matang laa sikit...
*yup..aku memang tak matang..
macam budak kecik sangat kan?
tapi penah tak kau tanya aku kenapa aku jadi tak matang?
aku da penat jadi matang..
aku kena act mcm orang dewasa sangat
bila aku dengan kau..
aku harap aku boleh jadi agak childishhhhh
tapi sayang...
kau tak suka...
kalau kau sayang aku..
kau akan terima apa sahaja kekurangan pada diri aku
maafkan aku sebab jadi tak MATANG
kau boleh pergi kalau kau tak suka..
tapi kalau kau tak pergi dari hidup aku..
aku JANJI..
kau tak kan jumpa lagi ZULAIHA yang sekarang
INGAT!

Tuesday 12 July 2011

Program Latihan Khidmat Negara :'(

Assalamualaikum..okay aku tahu korang agak kepelikan tengok aku update pepagi buta nii..okay laa aku admit,aku tak pergi sekolah!!woit!bukan ponteng okay..aku just CUTI(caps lock di situ)haha!aku nak buat homework laa:)berlambak ouh hw aku...okay enough about hw..sebenar benar benar nya kan..aku kan..sedih kan sebab kan  *bhaha aku tahu ada yang menyirap .aku dapat PLKN..atau dalam bahasa panjangnya..PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA ..yang tak dapat tuu tak payah nak gelak sangat laa kan??aku kebengangan nii..apesal tah nama aku ada..kenapa aku terpilih?cer story cer story..
Niat di hati memang tak nak check..tapi lepas tengok wani dapat aku pun teringin laa nak check..*wani,menyesal aku usik kau semalam..:( suddenly,aku dapat nii

Tahniah!940913**** anda terpilih menyertai PLKN Siri 9/2012.
Penempatan pelatih akan dimaklumkan kemudian.
Terima kasih.
*aku check guna sms
sms nii maybe 50-50 laa kan?*ayat memujuk hati:) aku nak check guna web dia,tapi..jammed lerr..aih memang tensen!!aku tak dapat bayangkan kalau mesej tuu betul betul sahih!ohmyyy..aku dah laa kecik,nak terlibat dalam benda benda lasak...takot!!aku terpilir gak,ada ke saiz baju?bhaha..ni ta boleh bla kan??nanti mesti rinduu kat ibu,abah,adik,kucing,kawan2..blog nii..and mungkin mr.A..tuu pun kalau jodoh masih dengan dia kan?:')kalau betul betul aku dapat,makin pendek laa aku kan??haha!!yang penting,aku harap MESEJ TUU PALSU!!



okay..tengok video nii..nanti aku pun macam diaorang ker??tapi lagu dia sedap laa..



nanti kat plkn ada monkey bar..aku ta suka benda nii.. tangan aku tak kuat :(

kalau betul aku dapat,aku harap aku dapat kat MELAKA..plkn kat situ cantikk:)lagi satu kawan aku cakapkat plkn makan 7x sehari..banyak nya,makin besar macam ikan buntal laa aku kan??haha..
aku banyak gelak kan?tapi dalam hati..pedih ouhhhh!!geram tau dengan plkn nii..
okayla..nak layan hati nii..*gedik

Monday 11 July 2011

Duhai Hati,Duhai Sahabat...

Assalamualaikum..alolo,rindunya dekat belog tersayang nehh..muahaha!!okay,aku dah tahu ramai yang ghindu aku,ta perlu nak ulang banyak kali okay:)terima kasih kerana merindui diriku yaa.okay,aku harap korang sihat..Kalau ada yang bertanya ke mana aku menghilang,hanya satu perkataan yang mampu aku ucap iaitu SIBUK.Biasalaa..da nak dekat trial,nak dekat SPM,macam nii laa kan...Actually aku nak share pada korang satu story..dengarkan...ops silap..bacalah

Ada kumpulan kawan baik ..yang A da lama kawan dengan B,yang C pula da lama kawan denagan D...nak dijadikan cerita...yang si B dan si D mula berkawan rapat..hubungan B dgn A mulai renggang ,begitu juga dengan hubungan C dan D..si C dan A mula merasa terpinggir,rasa tidak dihargai,...maka hubungan mereka berempat mulai renggang.Mungkin ada di antara korang yang kata si A dan C terlalu kolot,mungkin jeles..tapi si B dan D seharusnya peka juga kan dengan keadaan sekeliling??

so apa yang aku try nak tekankan kat sini...dalam sesebuah persahabatn..peka lah*bukan pekak!! dengan keadaan sekeliling,alert dengan hati kawan kawan:)fikirlah kesan perbuatan korang..sayang laa sahabat korang,hargai laa dia..korang tahu tak??okay aku tahu korang tak tahu sebab aku lum kasi tahu...hehe..kita mungkin boleh hidup tanpa kekasih,tapi cuba korang pikir,boleh tak korang hidup tanpa SAHABAT?for sure tak boleh..mungkin tak semua kawan tuu adalah sahabat,tapi,korang kena ingat setiap sahabat adalah kawan..

Lagi satu,before syarahan aku nii habis:) aku tahu,memang susah nak jaga hati orang,tapi aku nak korang tahu..korang jagalah hati korang dahulu,nescaya dengan automatic nya,korang akan jaga hati orang lain..
Okayla..till here:)jaga diri,salam




check dulu hati kita:)


lepas da check,renovate pula tau:)

aku mengharapkan,aku dan 'mereka' akan terus bersama


sesungguhnya kau adalah kurniaan terindah dalam hidupku


Friday 1 July 2011

Andainya Lelaki Tahu :)


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta..lelaki itu tidak semestinya punya segalanya,tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan mengalirkan air matanya,itu bukan bermakna dia lemah tetapi sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang permpuan merajuk,jgn kata dia mengada2,dia bkn mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen tapi cukuplah dengan perhatian yang mmbuatkan dirinya rasa dihargai
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,dia memang tidak dapat mengawal perasaannya,tetapi percayalah itu maknanya dia dia sangat mengambil berat tentang anda
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan banyak bercakap,bukan dia berniat untuk buat anda rimas ttp memberi peluang kpd anda untuk lbh dekat mengenali dirinya
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan cemburu&tidak percaya anda,itu bukan bermakna dia tidak sayang,ttp terlalu sayang &menganggap anda ank kecil yg masih memerlukan sepenuh perhatian.
Andainya lelaki tahu..
apabila seorang perempuan cuba membandingkan anda dengan orang lain,ia tidak bermakna dia tidak menerima anda seadanya,tetapi dia cuba buat anda rasa tercabar untuk jadi lelaki yang terbaik
Andainya lelaki tahu..
Walaupun ada banyak kelemahan di dalam diri anda,seorang perempuan pastinya tidak akan memperlelehkan anda,kerana,di mata dia anda sebenarnya punya banyak keistimewaan...